Assalamualaikum..entry kali ni pasal info yang Hattie came across masa tgh surf internet tadi..
Sekarang kita berada dalam bulan yang mulia, bulan Ramadan. Bulan di mana umat2 Islam seluruh dunia bertungkus lumus dalam usaha untuk melipatgandakan amalan2 spiritual untuk mengecap kenikmatan Ramadan ini. Namun begitu, anasir Israel mudah sahaja mencari ruang untuk menerobos masuk walau sekecil zarah sekalipun ruang tersebut.
Produk Jordan River yang terdiri daripada kurma adalah keluaran Israel. Jadi sama2 lah kita sebarkan maklumat ini kepada rakan2 se agama yang lain. Mudah2an dalam keghairahan melalui bulan Ramadan ini, kita tidak terlepas pandang perkara2 remeh sebegini.
..antara produk keluaran Jordan River..
Cara yang paling senang untuk mengenal pasti produk mereka adalah...of course la melalui logo kan..
..logo Jordan River.INGAT!!nampak je logo ni, blah je, jgn beli!!..
Jadi, berhati2 lah wahai saudara2 ku sekalian..walaupun ada lagi pengaruh2 mereka yang belum kita elakkan (contoh paling mudah, facebook), untuk perkara2 yang melibatkan pemakanan dan sebagainya yang kita boleh pilih sendiri, elak2kn lh dari membeli barangan buatan mereka ya..
Contohnya!!! kita boleh beli barangan yang kompem2 buatan Malaysia kan..such as..kurma Mariami produk keluaran HPA ni
Jadi, ayuhlah saudara2 ku..kita tentang Israel. Walaupun tentangan kita tidak seberapa, hanyalah mampu memboikot dan menghulurkan bantuan yang kecil tapi diharapkan dengan adanya inisiatif yang berterusan dari seluruh umat Islam Malaysia, dapat lah sedikit sebanyak kita membantu meringankan beban saudara2 kita di sana..
No comments:
Post a Comment