ALHAMDULILLAH
segala puji bagi Allah
yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi
bersyukur aku ke hadrat-Mu
ya Allah
kerana mengurniakan aku dengan rezeki yang melimpah ruah
memberikan aku kesenangan yang tidak pernah aku impikan
memberikan aku kejayaan
dalam setiap suatu yang aku lakukan
tanpa nikmat yang Engkau kurniakan padaku,
tubuh badan yang cergas, akal yang mampu berfikir dengan waras,
tak mungkin aku mampu untuk mengecap
kejayaan dalam hidup ini ya Allah.
aku bukan hamba-Mu yang soleh ya Allah
aku ingkar larangan-Mu,
aku tinggalkan suruhan-Mu
aku hanya hamba-Mu yang hina
namun Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Engkau berikan kesenangan kepada setiap hamba-Mu
tanpa berbelah bahagi
tanpa mempersoal status diri yang hina ini.
Engkau berikan sedikit dugaan padaku
namun mudah saja aku melenting
lancar saja lidah ini mengucap kata-kata putus asa
tidak langsung terdetik di hati,
tidak langsung terbenak di fikiran,
bahawa apa yang Engkau kurniakan
setiap satunya punya hikmah di pengakhiran.
aku lemah ya Allah
selema-lemah makhluk-Mu
aku tidak mampu
melawan gelodak godaan duniawi
yang sudah pun Engkau katakan
sebagai hanya singgahan semata-mata
sebelum melangkah ke alam yang kekal nanti.
dalam kelam jalan hidupku ini ya Allah
Engkau sinari aku
memberikan aku kekuatan
untuk aku terus maju
terkadang aku lupa,
setiap apa yang aku peroleh itu adalah milik-Nya
milik-Mu Allahurabbi
Namun kini aku makin menyedari
tanpa kekuasaan-Mu ya Rabbi
tak mungkin aku mampu berdiri
kerana diri yang hina ini
sering sahaja menyakiti
sering sahaja melupai
tapi dengan bimbingan dari-Mu Allahurabbi
aku masih mampu berdiri..
**********************************************************************************
hari ni Hattie dapat result exam semester lepas
exam pertama sebagai pelajar Ijazah Perguruan
dan
Alhamdulillah..
markah yang diperoleh
jauh melangkauai apa yang Hattie expect selama ini.
Hattie akui,
banyak sangat main2 sampai last minute baru nk study
baca buku samapai pagi sebab malam asyik main game saja
purata Hattie baca buku untuk setiap subjek tak sampai pn satu hari.
tapi,
itu yang Hattie nak cakapkan.
Allah adalah sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan
Hattie rasa Hattie tak layak pun dapat result macam ni
kalau nak banding dengan cara Hattie study
tapi Alhamdulillah
rezeki Allah bagi kat Hattie kali ni..
hehe..tp xboley bagitahu result!!!
aiyark.....nak tnya nie...cm ne nk bg uruf tu bewarna...ku nyer post text kuar kelabu jer...
ReplyDelete