Draft dari 29 October finally dapat dipublish berikutan wujudnya line internet..wee~
Trip to Perak!!! yeayy..
Trip to Perak!!! yeayy..
Finally, saya yang tak pernah keluar dari Kedah nih (note that I've only been to Penang and Perlis ONLY)
dapat gak pergi berjalan-jalan kat Perak..hehe
Bertolak pada 19 Oktober 2012 lepas Isyak (around 10 o'clock) and arrived safely kat destination tepat jam 12 t/malam (ok, probably few minutes after 12 la kan..)
Destination malam tu adalah rumah Safwan, dear classmate yang sudi utk tumpangkan kami2 yang perempuan ni kat rumah dia.. Alhamdulillah..
kesian family dia sanggup tunggu kami sampai lewat malam T_T thi3..
So the next day, lepas makan pagi kitorang terus bertolak ke Gua Tempurung!!
sangat best wa cakap lu..serius tak tipu
Kitorang pilih pakej GT (Grand Tour), the one yang ada masuk2 air and stuff..
sangat BEST!!!
Pada awal tour, kami perlu mendaki anak-anak tangga untuk naik ke tempat teratas dalam gua.
Banyak historical features and kecantikan serta keunikan alam semulajadi dalam Gua Tempurung.
Ada catatan/lukisan yang dilukis oleh tentera Komunis satu masa dahulu sebagai satu cerita sejarah mereka di Tanah Melayu ni..(juga lukisan kaki-kaki conteng yang tak tahu jaga alam semualajadi *sigh*)
apart from that, di dinding2 gua juga terdapat pelbagai 'karya seni', as i would call it, yang terbentuk secara semulajadi.
Sebagai contoh, kat satu part ni, titisan air yang mengalir di dinding gua telah meninggalkan bekas and bekas tersebut looks exactly macam muka seorang perempuan. Kata tour guide kitorang, they call it "Monalisa Malaysia"..sila kagum
Selain dari itu, di dalam Gua Tempurung juga terdapat batu stalagmite and stalactite yang membentuk rupa-rupa yang sangat menarik. and of course, ada nama panggilannya which is "Imaginary Stones"..
Dalam satu part kat gua ni jugak (time dah nak sampai ke bahagian atas gua if I'm not mistaken), terdapat satu kawasan yang dipanggil kawasan angin lalu. Sejuknya, masyaAllah, macam ada air-conditioner.. serius sangat best.. air-cond semulajadi!
Kata tour guide, hal ini terjadi apabila angin yang masuk melalui pintu gua melalui kawasan yang sempit (iaitu bahagian tengah gua) dan seterusnya tiba ke bahagian yang luas (bahagian tempat air-cond tu lah).
So, disebabkan itu, berlaku perubahan dari segi velocity angin iaitu angin semakin laju (sila rujuk buku teks fizik ahah) dan apabila angin membawa partikel2 air yang menitis dari bumbung gua juga partikel2 air daripada sungai di dalam gua, maka angin tu pun jadilah sejuk..
terer tak saya explain?..nak jadi cikgu ni.. bhahaha..
next, tengok je lah gambar2..limited camera sebab ada 1 ja yang bleh bawak masuk air..^_^
p/s: jangan skip, ada cerita tentang Kellie's Castle pulak.. jeng3
moving on!..
Kellie's Castle!!! waaaa!!! tempat yang nak sangat-sangat saya kunjungi when I was a kid.
Why?
sebab dulu-dulu baca buku Mastika and ada cerita misteri/mistik/seram/whatever pasal castle yang satu nih.. hahaha
psycho..
kecik-kecik dah minat benda pelik-pelik.. =..=
sila abaikan..
tak banyak sangatlah info yang tahu pasal tempat ni sebab takdak tour guide or anything..
layan diri sendiri maa..
so, berjalanlah kami tanpa arah tuju dalam castle tu..
Apa yang menggamit ketika mengunjungi castle ni ialah designnya yang sangat cantik i would say. Kalau siap lah castle ni, fuhh..lawa wa cakap lu. suka sangat!! (penangan tengok banyak sangat cartoon disney's princesses n cerita mat saleh dolu2 with kings, queens, dwell, knights, bla3..)
one fact (really?) about Kellie's Castle yang di'share' oleh dear friend, Nad, is that castle ini dibina menggunakan bata dan telur itik.. katanya time tu tak ada simen lagi..
still standing boh!! kuat benar penangan telur itik tersebut.
Kat castle ni juga dikatakan masih berlegar-legar lagi roh Sir Kellie. Rohnya sering dilihat di bahagian koridor istana yang digelar "Haunted Corridor".. anak permpuan beliau, Helen, pula dikatakan sering dilihat di muka pintu biliknya sendiri. Dia muncul dengan berpakaian gaun putih dan berumur dalam lingkungan 6tahun..
macam mana saya tahu? ada tertulis di dinding castle wee~
Yang pelik, kenapa mesti roh Sir Kellie berlegar-legar dalam istananya yang tak siap sedangkan beliau mati di tempat lain. Kat negara asal dia kalau tak silap.. hmmm.. *wondering*
Sebelah Kellie's Castle ni, adalah Kellas House, rumah asal yang didiami oleh Sir Kellie dan keluarganya..
Rumah ini rosak ketika Perang Dunia Ke-2 meletus.. tapi masih lagi ada peninggalan contohnya batu marmar import yang masih melekat di bahagian atas dinding yang dahulunya ialah bilik air..
Kesimpulannya, saya sangat suka ini tempat!!!
History + Myth + Legend + unsur2 Mystic sikit = AWESOME!!
love it..
No comments:
Post a Comment